Date: 01-October-2011
Total Distance: 45kilometer
Total Rider: 1800
Position: Not Qualified
Last year 2010 position aku di ECC Malacca agak membanggakan no 155 from 1500 peserta, so tahun ni aku bernekad nak improved position aku below 100. Melihatkan total peserta 1800 orang mungkin sedikit susah namun berkat usaha dan latihan yang aku lakukan insyaallah.

Berehat sebentar di R&R Seremban menatikan rakan2 yang lain.

Posing dulu, bersama Ketua Kumpulan "GAGAK HITAM" he..he..

Sebahagian rakan2 pujMAC yang menyertai Kayuhan Burung Hantu Malacca 2011, sempat lagi berposing buat kenang2an.
Sebahagian comment2 kawan2 di FB




Posing jangan tak posing sebelumbermulanya Jamboree.
Tepat jam 8pm semua rider dah mula berpusu-pusu menuju kegarisan permulaan, terasa betul seperti seorang rider pro apabila dikelilingi penonton setiap penjuru stadium.

Suasana dipermulaan, GHAIRAH + TERUJA dimana kayuhan kali ini dikepalai wajah2 bakal champion. Aku bermula hanya 2-3 basikal dibelakang Shahrin Amir. Kecewa bila Shahrin Amir ada kerana sudah tentunya peluang aku nak jadi Champion terlepas he..he..

Tepat jam 8.30pm semua peserta dilepaskan, akupun apa lagi kayuh sekuat mungkin, kayuhan road sejauh 7 kilometer harus dipergunakan dgn sebaik mungkin. Dah tarik sampai 40km/h tapi aku tengok semakin kuat aku tarik semakin jauh Shahrin Amir..huh..huh..
Kayuhan sejauh 7 kilometer road dipergunakan dengan sebaik mungkin, aku kira platon yang dihadapan, kutoleh kebelakang sayup pelaton ke2 ku tinggalkan emm.. terasa kuat jugak aku kayuh. Selepas 7 kilo maka bermulalah acara offroad dimana tayar mula cecah forest..gelap gulita ku rasa, seorang demi seorang ku tapau dan tak kurang juga rider yang tapau aku..he..he..tapi yg pasti mission aku untuk dapat below 50 harus kuusahakan.

Sebahagian comment2 kawan2 di FB



















nasihat: "pastikan bukak jersy dulu sblm naik lori :)"


















Inilah wajah insan yang "TERKECEWA" gambar ini sempat dirakamkan oleh Cikgu Nasir di checkpoint 2, dimana aku sedang menunggu musuhku iaitu "LORI" untuk dibawa pulang. Sejarah pertamaku dlm Jamboree pulang dengan LORI.
Walaubagimanapun aku tetap berbangga dengan pencapaian aku dimana aku berjaya sampai ke CP 2 21 kilometer dengan catatan 1h:09m:42s kalau dikira dgn teori mungkin aku boleh habiskan kayuhan dgn catatan masa mungkin below 2.5 hour.
Inilah namanya adat bertanding, ada menang, ada kalah, ada ynag kecewa. yang pasti ECC Burung Hantu memang best. Antara Jamboree yang terhebat aku sertai pada tahun ini. Insyaallah umur panjang 2012 pasti aku datang lagi.
No comments:
Post a Comment