Thursday, May 22, 2014

Putrajaya Mountain Bike XCO Challenge







Terpacak nama aku dlam List Rider


Seingat aku dah hamper 2 tahun aku tak sertai mana2 event MTB baik jamboree, funride or MTB race. Sekali sekala bila tengok FB rakan2 teruja jugak rasanya dan meluap2 hati ni nak turut serta. Tapi tak kurang jugak aku tgk dlm FB rakan2 menyumpah2, megutuk event jamboree sekarang nie, aku sendiripun tak pasti apa puncanya. Mungkin dok kerana berpeluang meluahkan pendapat didalam fb dan tak kurang jugak untuk melihat berapa ramai yg “LIKE” hasil pendapatnya. Emm aku rasa inilah bahana FB seiring dengan cogankata “suka hati aku la nak cakap apa” ini WALL aku.
Aku tak mahu ambik tahu hal sedemikian namun yg menghairankan aku rata2 yg kuat bunyi tu adalah dari rakan MTB yg aku kenali dari sejak aku mula aktif MTB. Mungkin mereka dah rasa seperti pro rider agaknya, atau munkin dah rasa cukup ilmu Cycling agaknya tapi yang hairan kalau PRO tak pulak joint Jamboree Local or Oversea yang aku nampak santai ride sambil upload gambar kat FB he..he..Ok la kita tinggalkan dunia mereka.

Kali ini aku berpeluang menyertai  “  PUTRAJAYAMOUNTAINBIKE XCO CHALLENGE 2014  “ setelah sekian lama berehat. Ini bukan calang2 race, race yg aku rasa hanya yg kental aje boleh joint. Aku nie tak la kental tapi geram punya pasal aku sertai jugak la. Sebanyak 5 category dipertandingkan.

KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN
1) ELIT LELAKI (AGE18-33)
2) JUNIOR LELAKI (AGE 12-17)
3) TERBUKA LELAKI (AGE 18-34)
4) MASTER A (AGE 35-39)
5) MASTER B (40 AND ABOVE)
6) TERBUKA WANITA (WOMEN'S OPEN)

Manakala aku dah tentu2lah joint Category no 5 ( MASTER B Veteran Category) maklum la dah dah masuk area "Kilauan Emas"

Hebat tak basikal-aku

Semalaman aku tak berapa nak tido mcm2 yg aku fikirkan, maklum la dah lama sgt tak masuk event. Teringat kata2 sahabat MTB aku dulu “ rasa nak masuk exam” la pulak.


Aku (Category Master B) dengan Rostan (Category Master A)

Nie lak partner aku dlm MTB sejak dari mula main MTB, Cuma penampilannya dah berubah sungguh. Nampak perubahan  nak bersaing memang la aku tak mampu dengan dia nie. Tapi jiwa masih kental bak kata orang makin tunduk makin berisi bukannya makin tunduk makin kuat bunyi ( itu untuk org lain la). 


Melepak sambil menunggu category aku nak mula, masa nie mula la rasa yang macam2 sakit perut, nak terkencing semua ada. Stresss lak aku rasa!!!!!!!



 Inilah sebahagian trail PCP yang
sememangnya menjadi kegemaran pra rider MTB, jadi jika sesiapa berkelapangan bolehlah mencuba trail ini yang penuh dengan cabaran serta technical.



 Downhill yang menarik ditambah pula dengan switchback yg jarak terlalu pendek memrlukan kepantasan untuk mengmudi jentera anda.


 Rock Garden yang senantiasa menanti mangsa tanpa penuh rasa jemu. Saya pasti ramai rakan2 MTB yang terbiasa mencium paras rupa mukabumi PCP.




 Tepat jam 10.30am, race bermula. Semua para rider mula mengorak kayuhan dengan satu tujuan untuk melengkapakan 4 pusingan. Setiap pusingan jarak antara 5 kilo dan jumlah keselurahan rider perlu menamatkan 20kilometer. Jika sesiapa yang selalu turun PCP akan terpancar kepritan para rider untuk menamatkan kayuhan.


Mula2 dah climbing rasa nak tercabut nyawa!!!!


Slow steady aku kayuh, maklum la nak complete 4 laps bukan la mudah!!!


Salah seorang rakan MTB aku, memang tegar ni!!!


Aku dengan semangatnya cuba mengejar rider yang dah jauh meninggalkan aku, tapi bukanlah satu pekara yang mudah trail PCP memang mencabar dan yang mempunyai kekuatan mental serta fizikal saja yang mampu mengharunginya.

Tengah sedap aku melayan downhil dilorong-lorong batu2 tiba aku dengar satu bunyi "burst" dari basikal aku..dan aku hampir manyembah bumi. Alangkah kecewanya aku apabila aku lihat tayar basikal aku bocor dan tak mungkin aku akan menamatkan perlumbaan. Inilah dinamkan perlumbaan tak semua yang kita rancang akan ditamatkan dengan kegembiraan. Maka perlumbaan ini aku terpaksa tamatkan dengan hanya separuh lap dan redha dengan segala yang ditentunkanNYA.

Persiapan menghadapi perlumbaan dengan penuh semangat dibalas dengan kekecewaan 


 Walaubagaimanapun aku puas dengan apa yang aku capai, sekurang2nya aku mampu lagi bersaing dengan rider lain walaupun telah sekain lama menyepi dari sebarang pertandingan MTB.

Kepada rakan MTB yang berjaya menamatkan kayuhan tahniah diucapakan, begitu juga yang mampu menduduki podium. Insyaallah ada rzeki kita cuba lagi lain kali ya!!! Aku senantiasa menantikkan perrlumbaan di PCP. Jumpa di race yang akan datang.

Asri Nasir 
Putrajaya Mountain Bike XCO Challenge
17052014


No comments:

Post a Comment

MY Endomondo