Tuesday, July 26, 2011

Inter pujMAC Race Team 2011

Tarikh 17 July 2011 adalah tarikh yang paling istimewa bagi aku bila aku berjaya melakar sejarah melancarkan Inter pujMAC Race Team 2011 dengan dibantu oleh David, Taslim serta Misrun yang banyak menghabiskan masa bagi memastikan Event berjalan dengan lancar. Thanks GUYSSS...u ALLL memang bestttt..

Sebahagian para peserta Inter pujMAC Race Team 2011

Aku yang pada mulanya memang bersemangat untuk turut serta didalam Inter pujMAC Race Team 2011 terpaksa melupakan hasrat kerana malang tak berbau bila aku ditimpa kemalangan jatuh dari pokok manggis 1 hari before race, kecewa serta sedih didalam benak aku apabila melihat telatah kawan2 yang rata2 enjoy dengan race tempohari. Namun aku mampu mengukir senyuman apabila dapat melihat rakan2 yang lain bergembira di Inter pujMAC Race Team 2011, harapan aku semoga tahun depan aku bakal dapat menyertainya..itupun kalau ada la..he..he..

Jadi Urusetia serta Jurufoto pada hari kejadian


Orang kuat disebalik Inter pujMAC Race Team 2011

Pada sebelah malamnya pula pujMAC mengadakan majlis makan malam untuk meraikkan para peserta dan juga keluarga masing2. Malam itu juga hadiah lucky draw diberi kepada yang bernasib baik.

Tak disangka2 malam tu aku menerima kejutan dari Gang pujMAC apabila dihadiah satu frame gambar aksi aku dlm MTB. (dari kiri aras,aku,taz & david)


Boleh dibuat kenangan untuk hari tua..bak kata sahabat aku dari utara " hebat Atuk kami " mungkin itu yang bakal diperkatakan oleh cucu2ku 1 hari nanti.


assry nasir july 2011

No comments:

Post a Comment

MY Endomondo