Monday, November 15, 2010

Pertandingan Sukan Lasak Mountainbike XC@PCP

Putrajaya Challenge Park sekali lagi mengadakan "Pertandingan Sukan Lasak Mountainbike XC"
Aku sudah pasti tidak akan melepaskn peluang, maklum la..PCP trail macam dah sinonim dengan aku. Tapi race kali ini sungguh berbeza dimana rider terpaksa menghabiskan kayuhan sebanyak 3 lap, 1 laps lebih kurang 5kilometer x 3 total 15kilometer. Sesungguhnya satu cabaran yang paling hebat dalam sejarah MTB aku.



Kali ini aku terpaksa bersaing dalam kategori Veteran ha..ha..dah tua dah aku nie..

Namun demi semangat MTB kugagahikan jua.











Dalam kategori "Veteran" nie seramai 50 rider turut serta sungguh mengerikan aku tengok..kat start line semua nampak power2 aje. Termasuk la aku kot he..he...













Race adalah sesuatu yang sungguh memenatkan, kekuatan mental serta fizikal amatlah perlu. Setiap kayuhan dan tenaga yang dilontarkan sungguh memeritkan :(( :((, tapi demi semangat aku gagahkan jua :thumbsup: :thumbsup:..lagipun PCP trail bukanlah satu pekara asing bagiku. Bak kata orang ini adalah taman permainanku.

Aku cuba sedaya yang mampu, sorang2 aku tapau dan tak kurang jugak rider yang tapau aku he..B-) B-)





Aksi aku yang seolah-olah seperti rider PRO 8-) 8-). Trail PCP memang best walaupun pendek tapi penatnya "ALLAH" sajalah yang tahu ^O^ ^O^

Single trail yang menarik..:thumbsup: :thumbsup: switchback yang pasti memberahikan :love::love: dan downhill yang sungguh lazat :buttrock::buttrock: dan tepuk sorak serta sokongan dari para sahabat pujMAC menaikkan semangat aku yang berlumba.


Yang pasti usaha aku tidak sia2 setiap kayuhan aku rupanya bakal menjejaki podium. Aku dinobatkan sebagai rider top 15. Dan inilah satunya event MTB yang memberi podium dalam sejarah MTB aku.


Sengih seorang yang bergelar pemenang ditempat ke 15. Bangga jugak aku..maklumla rider cam aku nie bukanlah kuat sangat tapi setakat nak bersaing tu kira boleh la masuk dalam ranking2 jugak..^O^ ^O^

Pemenang tempat pertama tak silap aku Afendi Rosli, ke 2 peserta dari Combodia, k3 New Zealand kiranya aku hebat jugak la.." "





Kat sebelah nie adalah laluan bagi setiap pelumba. Yang nyata perlumbaan MTB adalah sesuatu yang sungguh menyeronokkan.

Jika "ANDA" berkeyakinan insyaallah "ANDA" mampu melakukannya.













Ini adalah warga pujMAC yang sememangnya aku merasa bangga mempunyai rakan2 MTB yang senantiasa memberi semangat untuk aku menruskan menraju pujMAC. Tanpa mereka2 ini sudah pasti pujMAC tidak akan terus maju. "KEEP IT UP GUY's, You all memang Best"^O^..^O^ Kalau nak tengok gambar2 semasa race dan bersama Team pujMAC sila click sini "pujMAC FaceBook"

MY Endomondo